salam dan selamat pagi semua..
pagi ni suasana di kampus pekan dah sunyi..kebanyakan orang mula meninggalkan Ump.balik bercuti aidilfitri. kul 12 nnt plak tiba giliran aku,bertolak ke Ump kampus gambang..bermalam disana..dan bertolak ke dungun keesokannya..dan pe yang aku nk tulis kt sini ialah diakhir2 cm ni la masing2 akan mencari shabat msing2..kwn masing2..tujuan dia just to giv a card..n wish selamat hari raya..maaf zahir dan batin..batin xperlu kot..tapi aku masih bersyukur aku still lagi mempunyai kawan dan tidak sahabat..kdg2 aku terfikir,adakah dgn mmberi 1 kad sudah memadai utk menunjukkan ksih syg msg2?

Sayidina Ali k.m.h pernah berkata : ” Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu”.

dan tengah2 aku melayan uncle google cari pe2 sal sahabat ni..aku terjumpa ini:adab2 bersahabat...

1-Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jikalau dia tidak mampu berbuat demikian, maka sekurang-kurangnya hendaklah dia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2-Menolong sahabat dengan cara bersegera sebelum sahabatnya meminta tolong.

3-Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4-Menutup keaiban sahabatnya.

5-Berdiam daripada menyampaikan celaan orang lain terhadap sahabatnya.

6-Menyampaikan segala pujian daripada orang lain kepada sahabatnya.

7-Mendengar dengan baik akan perkataan sahabatnya ketika dia bercakap.

8-Meninggalkan perbalahan dengan sahabatnya aka tak gaduh-gaduh dengan beliau.

9-Memanggil sahabatnya dengan nama yang sangat disukainya.

10-Memuji sahabatnya dengan apa yang diketahui daripada kebaikannya.

11-Berterima kasih pada sahabatnya atas sebarang kebaikannya.

12-Menegah orang lain yang ingin mengumpat sahabatnya seperti dia membela dirinya sendiri.

13-Menggunakan bahasa yang lemah lembut dan halus apabila dia ingin menasihati sahabatnya.

14-Memaafkan segala kesilapan dan kesalahan sahabatnya,maka janganlah dia mencelanya.

15-Mendoakan sahabatnya ketika dia duduk bersendirian,ketika sahabatnya itu masih hidup atau pun setelah dia meninggal dunia.

16-Mengekalkan kecintaan terhadap keluarga sahabatnya selepas daripada kematiannya.

17-Jangan suka memberatkan sahabatnya dengan bebanan dan tanggungjawab, bahkan hendaklah dia meringankannya supaya sahabatnya bersenang hati.

18-Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yng menyukakan hati sahabatnya dan juga menyatakan rasa kesusahan pada segala yang menyusahkan hati sahabatnya.

19-Menyamakan hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yng nampak di luar,maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20-Memulakan memberi salam ketika dia menemui sahabatnya.

21-Meluaskan tempat duduknya untuk sahabatnya ketika di majlis dan hendaklah dia berpindah dari tempat duduknya itu ke tempat yang lain jika dia tak dapat berbuat demikian.

22-Hendaklah dia bangun menghantarkan sahabatnya itu (sehingga samapai ke pintu rumahnya) ketika sahabatnya itu keluar dari rumahnya.

23-Hendaklah dia berdiam diri ketika sahabatnya bercakap-cakap sehinggga dia selesai dari percakapannya dan janganlah dia suka mencelah ketika sahabatnya sedang bercakap-cakap.

“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan”.

so,pe yang aku nk cakap kt sini..sahabat mmg sukar di cari..n once u get it..grab it,luv it and happy wit it!!





p/s: selamat menyambut aidilfitri..maaf zahir dan batin..xD