Tenang..diri tenang bila ingat akan-Nya. Tapi bila keadaan dah serabut, kita akan lupa Dia. Bila marah, syaitan menguasai diri. Tapi bila sedih, Allah yang akan dicari..itu lah manusia. selalu leka dengan dunia, selalu lupa akan Nya. Begitu juga dengan diri aku, kekadang bila aku happy, aku lupa Dia, dan aku akan cari Dia bila diperlukan. Betapa jahilnya diri ni.


Masing masing ada kisah pengalaman hidup. Pengalaman yang akan menjadi pembimbing hati. Segala suka duka akan tetap di ingati. Berada di kampus UMP Pekan yang ketiadaan air selama 3 hari cukup terseksa. Masa tu la setitik air akan digunakan sebaik mungkin. Semua ceruk blog dan fakulti akan dilawati demi air. Yelah, siapa yang tak nak air. Air untuk minum, untuk solat dan jugak untuk ehem2..Masa tu jugak la status2 di facebook akan bertukar. Semuanya akan berkaitan dengan air.."Oh air, kenapa kau tiada?", "Siapa yang memandai guna air yang aku simpan ni?", and etc..

Dan selepas mengarang sebanyak dua perenggan kat atas tu, terasa macam betapa skemanya penulisan aku malam ni. Ini menunjukkan cikgu yang mengajar aku subjek Bahasa Melayu Penulisan dulu berjaya mendidik aku :). Thanks cikgu.

Stop kat sini dulu la..tak ada idea nak menaip.daa~