I don't what it is
that's make me feel like this
i don't know..
i don't know who you are
but you must be some kind of superstar...

post kali ni nak cerita ceritaan pasal anak ikan, bukan mak ikan dan juga bukan bapak ikan yang digembar gemburkan oleh tajuk yang tertera dia atas dan juga tidak berkaitan dengan petikan lagu diatas. Jangan mudah tertipu dan jangan mudah percaya pada sesiapa dan apapun.hektui!.Politik semua tu.Anak ikan yang ni bukan lah dicuri ataupun dibeli dengan mata wang Ringgit mahupun Riyal.Tetapi dengan...ermm..FREE!.Anak ikan yang diambil dan diterbangkan diatas jalan raya sejauh xx km dari bandar kecil Dungun ke bandar besar Kuantan dan menuju pula ke pekan kecil Pekan.Memasuki ruangan Uni dan terus menuju bilik GG401 dan diletakkan disudut meja study yang diapit oleh sang lappy Compact dan juga sang printer Canon.

Si anak ikan yang berjumlah 11 ekor kesemuanya ditempatkan di dalam botol air mineral pada permulaannya. Tempat tinggal yang masih tidak diubah suai dijadikan tempat untuk bermain bagi anak anak ikan ni. Pusing kiri, pusing kanan asyik asyik jumpa kawan kawannya. Rumahnye kecik,pusing mana pun masih bertembung dengan kawan yang sama. Kadang kadang anak anak ikan ni mengeluh, bila tempat tinggal mereka hendak dinaik taraf. Disebabkan tuan pemiliknya asyik sibuk dengan segala kerja kerja yang tidak dapat dielakkan, agenda untuk menaik taraf rumah tinggat mereka asyik tergendala.

Dirumah tu lah mereka berkongsi segala galanya. Dari perihal makanan dan juga membuang sisa sisa kumuhan, semuanya berkongsi. Air yang dikongsi bersama turut menjadi mangsa. Daripada lutsinar bertukar kepada keruh. Tuan pemilik masih tidak hiraukan si anak anak ikan ini. Dalam perjalanan pulang dari kelas, terdetik hati tuan pemilik hendak menghadiahkan sepokok tumbuhan liar sebagai taman permainan mereka. Mungkin dengan niat baiknya itu akan menghilangkan rasa bosan si anak anak ikan ini daripada mengadap muka kawan masing masing. Terus diletakkan pokok tumbuhan yang asal usulnya tidak diketahui. Akar akar yang berserabut itu dijadikan tempat bermanja untuk si anak ikan ini. Mengelilingi batang pokok itu menjadi permainan baru mereka. Betapa seronoknya mereka. Bermain kejar kejar di sana dan di sini, diatas dan juga di bawah. Meriah dunia ikan seketika.

Setelah matahari membenamkan tubuhnya, siang telah berganti malam. Pergi lah seekor anak ikan yang mungkin ajalnya pendek. Badannya yang berwarna warni yang sebelum ini selalu ditatap kini tiada lagi. Perginya seekor kawan ikan cukup untuk membuatkan dunia ikan suram seketika. Badannya terbaring di permukaan air ditatap sayu oleh kawan kawan ikan yang lain. Mungkin juga menjadi petanda baik bagi segolongan anak anak ikan ini kerana tidak wujud lagi persaingan diantara mereka. Persaingan makanan, ruang dan juga udara. Mengikut firasat tuan pemilik, mungkin disebabkan pokok yang dihadiahi kepada mereka yang membuatkan kejadian itu berlaku. Timbul rasa kesal di hati si tuan pemilik. Mungkin juga ajalnya yang pendek disebabkan oleh keadaan air yang keruh membuatkan mereka berlanggar sesama mereka menyebabkan otak mereka mengalami gegaran yang kuat dan mungkin juga disebabkan kuantiti makanan yang dibekalkan dengan kuantiti dua biji untuk dikongsi oleh 11 ekor anak anak ikan tidak mengcukupi bagi mereka. Mengeluh tuan pemilik.


Mengambil pengajaran daripada kejadian itu, tuan pemilik banyak meluangkan masa bersama anak anak ikan. Tempat tinggal diganti dengan yang baru yang lebih besar ruangnya berbanding yang dulu. Keadaan air dan kualiti kejernihan pula sentiasa dipantau. Makanan pula setiap masa dibekalkan. Dan bagi menambahkan zat anak anak ikan ini, tuan pemilik membekalkan mereka dengan biskut gula. Waktu makan tuan pemilik dengan anak anak ikan adalah sama bagi mengeratkan lagi ikatan antara dua makhluk Tuhan ini. Taman permainan bagi anak anak ikan yang sebelum ini pokok diganti dengan batu batuan yang lebih selamat dan juga tidak beracun dan tidak merbahaya.


Tidak cukup dengan itu, bagi menambahkan lagi kemeriahan di dalam dunia ikan ini, tuan pemilik mencetak sepetak gambar yang bermotifkan tumbuh tumbuhan. Cadangan ini dikemukakan oleh kawan kawan tuan pemilik dan dipertimbangkan dan terus dilaksanakan. Gambar tersebut dilekatkan pada dinding rumah ikan yang lutsinar. Tindakan ini membuatkan dunia ikan ini seakan akan realiti. Pada permulaan gambar tersebut dilekatkan, anak anak ikan masing masing kelihatan ketakutan. Apakah ini kawan kawan? Mereka berdialog sesama sendiri menggunakan bahasa ikan. Masing masing berkumpul ditengah tengah rumah ikan, takut untuk mendekati dinding rumah mereka yang terasa asing. Ada yang menunjukkan keberanian mereka dengan mematuk matuk dinding sebagai tindakan pertahanan. Kawan kawan yang lain turut mengikut kelakuan tersebut. Setelah tiada sebarang respon yang diterima, si anak anak ikan ini menganggap keadaan masih selamat. Mereka memberanikan diri mendekati dinding rumah mereka dan cuba membiasakan diri dengan nya. Kelihatan garis garis kebahagiaan di wajah anak anak ikan ini. Tuan pemilik turut menumpang bahagia. [gambar senario ini tidak dipaparkan]

Dan bagi menjaga hati dan juga kebajikan si anak anak ikan ini, tuan pemilik akan sentiasa meng'upgrade' keadaan rumah mereka. Harap semua bersabar. Tuan pemilik juga berharap agar anak anak ikan ini hidup dalam keadaan bahagia selalu. Setakat ni lah sahaja kisah si anak anak ikan dengan tuan pemilik pada post kali ini. Pemergian sahabat ikan akan sentiasa diingati.:D