Ahad datang lagi! suka kan? suka kan? suka la sebab ahad ni cuti, kalau duk kat bumi Pahang darul Makmur ni cuti la. Kalau duk bumi Dungun, tak ada la plak hari cutinyer. So, seperti biasa, hari2 ahad aku berlalu macam biasa. Masa bangun tidur tu agak2 matahari dah serong cikit kat kepala..haa, kalau dulu2 mak aku selalu bising matahari tegak atas kepala baru nak bangun, sekarang ni matahari tak tegak dah, dia serong sikit. maknanya kalau ikutkan angka2 kat jam tu, lam 1230 baru bangun.hahaha.anok daro anok daro..

Biasanya aktiviti hari ahad ialah mengadap laptop sampai nak tembus, duk layan movie yang berepisod episod panjangnye, duk mengadap facebook yang tiap saat ada status update. tak pun keluar bandar makan makan angin,keringkan duit poket. Tapi bila dah bergelar pelajar yang mengambil subjek BMM4912 (final year project), hari ahad bukan lagi masa untuk keseronokan diri sendiri tapi masa untuk menderita.haha. Asal bangun tidur je kena mengadap Mic Ofis Word. menyiapkan sisa2 writing report. Kena menelaah journal2 yang berpuluh2 banyaknye. Deritanya saye..

Due date semakin dekat. Writing report kena hantar minggu depan. Banyak sangat lagi yang tak siap ni. Draft report aku yang dah hantar ri tu banyak kena baiki balik. banyak lagi yang kena tambah. Banyak pulak supervisor aku ni nak. Komen dia pulak: ni tak kena, tu tak kena. Baca punya bace komen dia, sampai la part ni..kahkahkah.tergelak2 rasa. terkantoi la pulak.adoii!

klik gambar untuk besarkan

Hahaha..I'm sorry sir.

Presentation pula next two weeks. Presentation tak nak ulas banyak la. Kecut perut weii..Tengah2 tekun buat report psm ni, tetiba lak Erin text aku.

"Anda sedang kebosanan membuat psm?Ayuh!ke fakulti.buat psm ramai2.tempat dijamin selesa, ada iringan music dan lain2.anda semua dijemput hadir.pada jam 8.30 malam.dibilik kuliah kat fakulti".

Demam ke hape budak ni? tetiba ajak buat psm berjemaah. Kat semua orang lak tu dia text. Dah kritikal sangat la tu.hehe.maklum laa,tiap2 hari kot mengadap menda ni. entah bila siapnye pun tak tahu. Kalau solat berjemaah tu, aku yakin la banyak pahala yang dapat.tapi kalau yang ni, aku memang tak brapa yakin dapat ilmu banyak.melalut banyak adalah..hehe

Tapi untuk masa depan, kena gagahkan jugak. kalau tak, duk la Ump ni sampai tua.huh!mintak jauh.

So, kepada semua yang ngah tekun buat psm tu, good luck la ye tuk korang. Tuk sape2 yang pergi fakulti tu, harap2 korang buat la psm tu ye, aku takut buat menda lain lak karang..bukan boleh caye kalau ramai2 ni. keje ntah ke mana,psm nth ke mana.ye dak? ye dak?hehehe...ok cau, sambung buat psm.