Agak lambat untuk ucapkan selamat belajar semua sebab dah nak habis minggu persediaan peperiksaan. Dan aku masih lagi mengadap buku2, slide2 dan juga note sebagai persediaan peperiksaan akhir. Tiga hari lagi sebelum bermulanya minggu peperiksaan. Walaupun hanya dua subjek yang diambil, debarannya masih sama. Subjek untuk semester ini ialah Hydraulic & Pneumatics dan Renewable Energy Resources.


Slip peperiksaan:

BMM4703 HYDRAULIC & PNEUMATICS  07/06/2012
BMM4753 RENEWABLE ENERGY RESOURCES  05/06/2012


> note Renewable <

Note Hydraulic??? Tak start study pun lagi..wee! ^^v

Semoga minggu peperiksaan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya.

Canseleri Ump kampus Gambang.

Perpustakaan Ump kampus Pekan. 

Pemandangan Perpustakaan Ump dari tingkat 2


[ the most memorable thing ]


** Dalam sedih, terpahat juga rasa malas untuk study.
**Baru perasan, ada typo dalam banner diatas iaitu tahun 2011