1) kalau bosan taktau nak buat ape, em ape kate ko trai purapura mati. cakap kat roooomate, "aku mintak maaf kalau ade salah silap" *nada sayu* pastu ko bantai tido sampye roooomate ko risaw. "idop lagi ke tak dye nih?" time tido mestila x rase bosan. mungkin ko akan rasa lapar je la kot.


2) kalau bosan duk dalam bilik, asyik tengok muka roooomate jek, apakate ko bukak pintu bilek luas2, bdiri depan bilik, tiap2 kali org lalu lalang, tegur la diorang. takde idea? ala.. tegur je..

Contoh:
a)Amboi, lawanya cik jah.. nak pergi dating ea.. nak ikot!
b)Hye.. airnie kedai kami ada buwat promosi, beli 1 free 2. jemputla masuk. *sambil tarik tgn org tu*
c)Eyh, nak g tandas ke? tandas tu tengah renovate, sila pergi tandas tingkat atas ye. maseyh.


3) Kalaw agak2 da bosan sampye nak gila tu, buley jugak kalaw nak trai yang ini. bdiri depan pintu masuk tandas. tiap2 kali ade org nak masuk tandas, cakap:

Selamat datang.. nak mandi ke, nak berak ke nak kencing? sume 20 sen ye.
dan tiap2 kali org kluwa toilet, cakap la.. Terima kasih. sila datang lagi *cakap dengan muke penoh senyuman menawan ati*


4) Care yang ni tak brape digalakkan. Props yang dperlukan hanyela botol mineral kosong dan jugak baldi. Lari dari hujung blok ke hujung sebelah sane, sambil mngetuk botol di sebelah bwah baldi. Kalaw ko nak lagi dramatik, jeritlah : Api.. Api.. Api..


5) ketuk pintu mana-mana bilik di floor ko. biler ade org bukak, salam tangan dye..
"assalamualaikum.. hye.. saye datang ni nak beraya.. tanak jemput saye masuk ke??"
dan ko lepak lah di bilik kwan tu, sambil makan dan minum beskot kering dan air teh kepunyaan tuan bilik.