Dec 31, 2011

terima kasih awak!

Hati kecewa...
hati menangis..
hati berdarah..
semuanya disebabkan kamu
kamu yang pernah aku sayang
kamu yang pernah menyayangi aku

kenapa aku engkau buang
kenapa aku engkau sisihkan
setelah engkau curah kasih sayang
setelah engkau bagi harapan

tiap hari teringatkan kamu
tiap hari mengenang nasib diri
tak pernah menyangka semua ni terjadi

ku sangka panas hingga ke petang
tapi hujan di tengah hari
kenapa engkau tiba2 berubah
kenapa engkau tiba2 hilang
kenapa engkau tiba2 diam

TAPI...

Terima kasih awak...
kerana awak, saya berubah
kerana awak, saya matang
kerana awak, saya dekat denganNya

hidup saya berubah
tiada lagi tempat berharap
saya belajar berdiri di kaki sendiri
saya belajar erti kebahagiaan yang sebenar
dan saya belajar erti cinta sebenar

Terima kasih awak,
awak jauhkan saya dari dosa
awak selamatkan ibubapa saya
daripada menanggung dosa2 saya

terima kasih awak,
awak dekatkan saya dengan Allah
awak rapatkan hubungan saya denganNya

terima kasih Azizi Gishamsuddin
saya sayang awak selamanya.
saya doakan awak bahagia.

Dec 29, 2011

Andai kamu menyayangi seseorang

Jika kamu memancing ikan….

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil ikan itu….

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ………

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….

cukuplah sekadar keperluanmu. …

Apabila sekali ia retak….

tentu sukar untuk kamu menambalnya semula….

Akhirnya ia dibuang….

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….

Anggaplah dia manusia biasa.

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….

akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.

Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.

Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..

yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…

Kamu juga yang akan MENYESAL…..

dari: http://diarihati.com/blog

Dec 27, 2011

study week sesi 11/12

SELAMAT YE UNTUK SEMUA

**esok ada presentation fyp 1. status: hidup serba tak lengkap.

Dec 23, 2011

Wang kertas Malaysia Siri Baru

RM1

RM5

RM10

RM20

RM50

RM100

RM50 (special edition)

[1] dilengkapi dengan sistem keselamatan yang baru.(imej bayang bayang, tetingkap jernih, benang keselamatan yang berubah warna, benang kanta mikro)

[2] syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen baru akan diedarkan Januari depan.

[3] Tak sabar nak pegang duit baru :D

[4] Pengusaha wang palsu mesti sedang mengalami kerugiaan sekarang..ngee..buat lagi keje haram.

Dec 18, 2011

Hari ahad yang tak cuti

Ahad datang lagi! suka kan? suka kan? suka la sebab ahad ni cuti, kalau duk kat bumi Pahang darul Makmur ni cuti la. Kalau duk bumi Dungun, tak ada la plak hari cutinyer. So, seperti biasa, hari2 ahad aku berlalu macam biasa. Masa bangun tidur tu agak2 matahari dah serong cikit kat kepala..haa, kalau dulu2 mak aku selalu bising matahari tegak atas kepala baru nak bangun, sekarang ni matahari tak tegak dah, dia serong sikit. maknanya kalau ikutkan angka2 kat jam tu, lam 1230 baru bangun.hahaha.anok daro anok daro..

Biasanya aktiviti hari ahad ialah mengadap laptop sampai nak tembus, duk layan movie yang berepisod episod panjangnye, duk mengadap facebook yang tiap saat ada status update. tak pun keluar bandar makan makan angin,keringkan duit poket. Tapi bila dah bergelar pelajar yang mengambil subjek BMM4912 (final year project), hari ahad bukan lagi masa untuk keseronokan diri sendiri tapi masa untuk menderita.haha. Asal bangun tidur je kena mengadap Mic Ofis Word. menyiapkan sisa2 writing report. Kena menelaah journal2 yang berpuluh2 banyaknye. Deritanya saye..

Due date semakin dekat. Writing report kena hantar minggu depan. Banyak sangat lagi yang tak siap ni. Draft report aku yang dah hantar ri tu banyak kena baiki balik. banyak lagi yang kena tambah. Banyak pulak supervisor aku ni nak. Komen dia pulak: ni tak kena, tu tak kena. Baca punya bace komen dia, sampai la part ni..kahkahkah.tergelak2 rasa. terkantoi la pulak.adoii!

klik gambar untuk besarkan

Hahaha..I'm sorry sir.

Presentation pula next two weeks. Presentation tak nak ulas banyak la. Kecut perut weii..Tengah2 tekun buat report psm ni, tetiba lak Erin text aku.

"Anda sedang kebosanan membuat psm?Ayuh!ke fakulti.buat psm ramai2.tempat dijamin selesa, ada iringan music dan lain2.anda semua dijemput hadir.pada jam 8.30 malam.dibilik kuliah kat fakulti".

Demam ke hape budak ni? tetiba ajak buat psm berjemaah. Kat semua orang lak tu dia text. Dah kritikal sangat la tu.hehe.maklum laa,tiap2 hari kot mengadap menda ni. entah bila siapnye pun tak tahu. Kalau solat berjemaah tu, aku yakin la banyak pahala yang dapat.tapi kalau yang ni, aku memang tak brapa yakin dapat ilmu banyak.melalut banyak adalah..hehe

Tapi untuk masa depan, kena gagahkan jugak. kalau tak, duk la Ump ni sampai tua.huh!mintak jauh.

So, kepada semua yang ngah tekun buat psm tu, good luck la ye tuk korang. Tuk sape2 yang pergi fakulti tu, harap2 korang buat la psm tu ye, aku takut buat menda lain lak karang..bukan boleh caye kalau ramai2 ni. keje ntah ke mana,psm nth ke mana.ye dak? ye dak?hehehe...ok cau, sambung buat psm.

Dec 16, 2011

dasar kucing kurap betullah!

kucing kurap! spoil betullah mood aku hari ni. tapi kucing kurap tu aku tak tahu la kene mengena ke tak ngan peristiwa aku ni. bukan nak mengata ke hapa cuma nak meluahkan perasaan je. tapi xde la aku nak mengumpat ke hapa sebab biasanya mengumpat ni melibatkan dua orang, maksudnya melibatkan dua pihak tapi kalau ikut kes aku ni, satu pihak je..kira aku tak mngumpat la kan. tapi bila dah korang baca ni..berita ni dah tersebar, mengumpat la jadinya tuu..muahaha!

dah la semalam aku moody sebab si seorang manusia ni. punya la trauma aku semalam sampai menitiskan air mata gitu. tragis betul aku dengan dia ni. hipokrit punya orang. aku tak sangka orang yang aku duk sanjung2 tu rupanya punya perangai yang buruk cam .......haa, isi sendiri la tempat kosong tu. aku tak nak, kan tetiba jahat pulak yang kuar. Nauzubillah. Kalau ikut kata orang tua2 zaman batu dulu, dia tu boleh la diibaratkan macam kacang lupakan kulit. tak pun cam habis manis sepah dibuang. boleh la kot dia dapat anugerah tu. amek laa..memang ko layak pun. x guna betul. dia ingat aku ni anak patung yang boleh dibaling2 gamaknye. sesuka sesuki je buat aku cam ni. kalau anak patung tak pe la jugak sebab dia tu xde hati, xde perasaan...tapi ni anak orang hoii, punya hati dan perasaan. dah la prasaan kewanitaan aku ni selembut baldu. pantang dicuit. erk?

Kalau bab2 cam ni yang aku tak sanggup nak pikir ni. aku bukannya nak sangat pikir. tapi kekadang yelaa aku ni pun manusia biasa jugak. Perasaan bunga2 tu tetap ada. kadang2 teringat kisah lalu. bila yang teringat ni la jadi macam2 ni.. post ni terjadi pun sebab perasaan tu la ni..kalau aku xrasa cam tu xde la plak aku rajin menaip panjang2 ni...Dia ingat pangkat dia yang 'tinggi' tu boleh la buat aku cam ni. aku xde la cantik sangat, xde la pandai sangat..sampai nak banding2 aku ngan orang lain. sadis betul la kenal ngan orang macam ni. Kalau aku tahu la cam ni, xde la aku nak tergedik2 berkawan ngan dia dulu. aku pun tak hingin laa...

Salah paham dalam proses suai kenal, normal la tu kan.. lidah pun tergigit ngan gigi, ni kan plak umh tangga.cewahh. Langsung tak matang, pikiran cam budak budak.haishh! malas pulak aku nak komen banyak2..kan tambah lagi segunung dosa aku. tak nak laa..

Ni pulak si 'dia' yang meng'spoil'kan mood aku ni..hangin betul laa..dah siap2 janji nak pergi sama2, pg ramai2. dia ni plak xjd nak join. xkan la nak pg ngan sorang laki ni je..gpun aku ni dh la xde transport sndri. haish! kalau aku ad transport sendiri kan senang, xyah tunggu ko la, aku pg sendiri..sifat kewanitaan aku ni dah la menebal, segan la wehh..xmanis katanya orang tua2. memang dia suka spoilkan majlis aku. marah plak aku ngn dia ni. kalau ko ada program lain yang penting xpe la. macam sakit kne pg hospital ke bini ko nak branak ke..xpe la. tapi ni tak...cancel xjadi join sebab nak pergi PASAR MALAM!!...cam .................haa, ni pun isi sendiri laa korang ye. Rasa nak meludah ke kat muka dia tu. Ada promosi gamaknye kat pasar malam tu sampai rela mungkir janji semata2 nak pg pasar malam. Ko pegi la, xyah balik2 pun xpe..Yang aku naik berangin ni sebab hidung dia tu dah terikat ngan 'dia' ni plak..Dia tu la duk tarik ko tiap2 hari kan..ikut la 'queen control' ko tuu..memang dia yang tarik ko masuk syurga nanti..ikut la..jangan risau, dia tak kan tarik ko masuk neraka..ceitt!!

huh! macam2 laa orang zaman sekarang ni..tak paham betullah. Jadi, natijahnya, kalau dah berjanji tu, tunaikan oke? ok2, aku ni pun xyah la nak marah sangat kan..dah dia cam tu, terima je la kan..lain kali ada lagi.kan kan kan? my ego is BIG, dun give a shit! maroon 5 yang cakap, bukan aku..kahkah.ok la..nite seme..kepada watak2 yang terlibat dalam pembikinan post aku kali ni, ampun kan saya ye..hihihi. lepas mengata baru pandai nak mintak maap.hahaha. ok bye!

Dec 10, 2011

hati perempuan halus?

kenapa ye sejak dua menjak ni terasa diri macam tak berapa nak stabil. rase cm dunia ni berputar dengan laju (hiperbola toll)..tapi memang dua dan tiga hari ni aku rasa macam tak berapa nak lengkap. bayang2 hidup aku yang dulu masih lagi terbayang2. makin aku nak lupakan semua tu, makin dekat dia datang. kadang2 aku bahagia dengan hidup aku sekarang, kdg2 aku bosan, sunyi,sedih..sepatutnya aku bersyukur,Tuhan jadikan aku cam ni, tentukan hidup aku cam ni. Sepatutnya aku bersyukur padaNya. aku telah jauh(InsyaAllah) dari maksiat.aku jauh dari dosa. sepatutnya aku gembira.

mungkin juga sekarang ni memang aku sibuk dengan exam, psm dan sebagainya membuatkan aku berfikiran macam tu. mungkin aku tertekan dengan semua ni. Kerja yang x pernah habis. xpernah putus. projek, assignment dan report mengekori aku setiap masa. dan maybe disebabkan oleh terpengaruhnya aku dengan rakan sebaya. Bukan terpengaruh dari segi fizikal, tapi dari segi emosi. mungkin melihatkan sahabat2 yang 'berkepit' dengan pasangan masing2 membuatkan aku rasa 'something'. tapi jauh disudut hati aku, aku bersyukur dengan apa yang jadi. aku redha andai ini takdirNya.

"...Ustaz, kenapa hati perempuan ni kadang kadang rasa sedih tanpa sebab..Ada orang kata syaitan yang ganggu!! Ada tak petua untuk elakkan hati ni sedih? Kadang2 bila bangun pagi rasa sedih, kadang2 rasa macam rindu tapi tak tahu rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz:"Perkara biasa.hati perempuan memang halus, hanya lelaki sejati yang mampu menjadi penawar..."

betul ker??-_-"

toing!toing!!!enset berbunyi menandakan satu pesanan ringkas masuk.

"Always be yourself.Never try to hide who u are. The only shame is to have shame. Always stand up for what you believe in. Always question what other people tell you. Never regret the past. It's a waste of time. There's a reason for everything. Every mistake, every moment of weakness, every terrible thing that has happened to you. Grow from it. The only way you can ever get the respect of others is when you show them that you are respect yourself and most importantly, do your thing and never apologize for being you..."

Thanks sahabat for that kind of support. I'm never knows why she giving me a text. Btw, thanks because its giving me confident a lot. Memang tidak dinafikan fitrah manusia untuk hidup berpasangan. untuk merasa disayangi dan juga menyayangi. Ya Allah, andai ini adalah jalanku, permudahkanlah. Jauhkan aku dari dari hasad yang menjatuhkan aku.jauhkanlah aku dari segala maksiat dunia.kekalkanlah aku dengan jalan yang mulia ini. Ya Allah, kuatkanlah semangatku, teguhkanlah imanku. tabahkanlah hatiku.Tiada Tuhan yang maha berkuasa selain engkau.Amin.

Dec 4, 2011

hari ceria muka ceria

sesekali menyertai aktiviti anjuran pihak universiti memang best apatah lagi menyertai dengan suka dan rela. tiada paksaan sama sekali. Amat berbeza dengan sahabat sahabat aku yang terpaksa menghadirkan diri ke kursus SoftSkill yang sama sekali wajib kehadirannya. Kegagalan untuk hadir akan menyebabkan kita terpaksa mengulang satu sem. urgh! repeat just for that subject?No..01122011:pergi berjimba di bandar Kuantan bersama sahabat sahabat satu kelas satu course tapi tidak sama bilik hostel. Menghabiskan duit poket yang memang dah kering. kui3x..03122011:menyertai program U-race anjuran kelab TaHa@UMP..berlari lari seakan akan aktiviti merentas desa masa di zaman zaman sekolah dulu. nice!. top 10 akan dapat medal dan dapat naik stage. aku? top 10 dari belakang..ngee..

Nov 23, 2011

ohh fyp..

perlu ke aku mengeluh disebabkan oleh final year projek (fyp)? menjadi student tahun akhir sememangnya dinantikan. mungkin disebabkan tamatnya masa bergelar pelajar, namun disebalik kegembiraan tersebut terselit juga derita yang terpaksa ditanggung oleh diri aku dan juga rakan rakan. projek tahun akhir yang memberi pelbagai tekanan, derita dari segi fizikal dan emosi ditelan jua oleh semua pelajar tahun akhir. walaupun disambut oleh tangan terbuka ketika tajuk fyp diumumkan namun mengeluh juga disebabkan oleh pelbagai tanggapan berdasarkan tajuk fyp. Tidak mahir dalam major subjek untuk fyp mengganggu konsentrasi untuk menjalankan projek tersebut.

Sekarang dah masuk minggu ke-10 dalam semester ini. Ini memberi amaran kepada diri aku waktu waktu genting semakin dekat. Presentation dan final report perlu segera dilengkapkan dan disediakan. Mental juga turut perlu bersedia kerana soalan soalan 'panas' akan dilemparkan bertalu talu oleh para panel nanti. Diri aku semakin tertekan. Proposal masih lagi dalam proses. Melihat rakan rakan yang sudah siap proposal makin membuatkan aku semakin tertekan.Mengadap journal journal yang semestinya memberikan page yang banyak dan memberikan kejemuaan tiap kali mengadapnya.

Tiada kata yang dapat diungkapkan disebabkan fyp ini. Drop fyp? never! aku tetap akan cuba. tambahan lagi projek fyp aku telah berjalan hampir 1/3. Mana mungkin aku mengalah disaat sekarang. Rakan rakan under supervisor yang sama banyak memberi akan sokongan dan banyak membantu aku dalam menyiapkan tugasan tugasan aku. Supervisor yang selalu sabar dengan kerenah kerenah studentnye selalu memberikan aku semangat untuk teruskan jua fyp aku. Thanks a lot to Mr Firdaus Hasan. You are the best teacher.

Fyp...I will face it! InsyaAllah.

Nov 19, 2011

nth ape2..

s.a.y.a.t.e.n.g.a.h.m.a.r.a.h.s.e.k.a.r.a.n.g.t.o.l.o.n.g.j.a.n.g.a.n.g.a.n.g.g.u.s.a.y.a.b.u.a.t.m.a.s.a.ni.t.e.r.i.m.a.k.a.s.i.h.

Nov 13, 2011

welcome back Uni!

selamat pulang semua warga warga blogger, warga Universiti Malaysia Pahang, warga hostel blok G, Kolej kediaman 05 kampus Pekan..:D Seminggu bercuti sempena hari raya AidilAdha. Seronok gitu cutinyer, sampai assignment yang diberi tidak sempat untuk dijeling, apatah lagi untuk ditelaah. Assignment yang berupa essay amat memberi seribu satu tekanan kepada aku.heheh. Ikut kata hati "copy paste jerr".Ikut sanubari "tak boleh copy paste,nanti lecturer cam,kena edit edit sikit". Ikut perasaan "malasnyer nak buat!"..so, mana satu aku kena ikut ni yer..hurmm, tekanan.tekanan.

Aktiviti seminggu bercuti:

[1] Berkorban! hehehe.bukan aku mahupun mak aku mahupun adik2 aku yang berkorban tapi ayah aku yang berkorban. haha. Beliau mengorbankan seekor lembu yang tersangat gemok dan hitam apabila dipandang dari segi fizikal.Tapi apa yang dilakukan oleh beliau adalah ikhlas dan tiada paksaan dari pihak anak2 mahupun dari pihak luar. Sesungguhnya berkorban la kamu di hari raya korban.eh?

[2] Bbq! Untuk memeriahkan lagi hari raya hari tahun ini, salah seorang kakak aku telah berusaha dan tersangat beria nak bakar daging. Almaklum la musim org sembelih daging, semestinye secara keseluruhan ruang peti ais dipenuhi dengan daging mentah dan merah. Jadi, untuk mengurangkannya, masak la daging tiap2 hari sampai termuntah.haha. menu:daging masak merah, daging goreng kunyit, rendang daging, daging masak kicap, daging black pepper..n daging bla bla.....

[3] Beraya! Even hari raya haji, amalan kunjung mengunjung masih diamalkan tapi tidak lah semeriah hari raya puasa. Kuih kuih yang dijamu hanyalah keropok dan kerepek yang dijual di bazar2. First time aku g beraya balik malam.heheh. Sampai umah je, terus kne perli oleh mak, "kuat g raya smpai malam".ngeh. jwpan aku,'jalan jam' haha. ok, kidding, aku x jawab pun.haha

[4] Sakit! uwaa..raya2 pun nak sakit..banyak sangat la tu mengumpat.haha. demam sampai 2 kali dalam seminggu. mula mula aku la yang bawa virus selsema, dan hampir semua orang berjangkit ngan aku..haha.dan apabila semua orang dh sihat, aku pulak yang demam balik, huhu..semua ubat bekalan ahli2 sakit yang lepas aku kebas..mak hanya mampu menggelengkan kepalanya. 'lemahnya antibody' bisik mak lam hati..haha.mak aku tahu ke ape bende antibody tuu..ngee..mak.mak.

[5] Air shopping! Bila dah balik ni, semestinya yang dicari hanyalah kawan sekampung, kawan satu sekolah, dan sebagainya. Mengatur perjumpaan disitu dan disini. Bandar Dungun yang kecik dijadikan port untuk bersua dan bershopping. Even kecik je bandarnya, tapi alahai penatnye berjalan... Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Bidara dijadikan port untuk bermandi manda dan bershooting.haha.

[6] Kawen! wee..yang ni paling suka, time ni la leh pakai baju cantik cantik..haha. Tanggal 111111, mesti tahu kan tarikh yang istimewa ini..seme orang duk sibuk nak kawen pada tarikh yang cantik ini.. Lini dan AV, selamat diijabkabulkan...Alhamdulillah. Semoga berkekalan.

**Cam best je cuti kan, jom g bercuti! cuti cuti Malaysia!

Nov 2, 2011

besday boy vs besday girl

01.11.11 Nice date huh? Ni Ally punye tarikh hari jadi. Jadi sape2 yang tak tahu lagi ini kelmarin punyer tarikh, sila check calendar 2011. Jangan g bantai tengok calendar 2010. sampai tahun 2015 pun korang tak kan jumpa.wee..morning joking:). Apepun, aku as a (good) friends nak wish la kan. kawan punye besday, wish la..hoping that God is always bless you and success either in career or personal things.

04.11.11 Haa?tak nice date?heheh. Nice jugak la even ada nombor 04 yang membuatkannya tak berapa nak nice.heh? Ni pulak Ayul punye tarikh lahir. Korang ni macam pakat je..dah la besday selang 3 hari jek, nama pun memang kena start ngn 'A' ehh...hurmm, kebetulan semata mata. Untuk Ayul jugak, aku nak wish, hmm.. sama cam Ally laa. hoping your path of life full with colours. haa..full of colours gitu. Boleh laa kot wish gitu.

**Korang dun ever ever think try to copy this pic. why?ask urself.:D

Oct 27, 2011

layan gambar,layan perasaan.

Oct 14, 2011

Soledad-Westlife

If only you could see the tears in the world you left behind
If only you could heal my heart just one more time
Even when I close my eyes
There's an image of your face
And once again I come I'll realized
You're a loss I can't replace

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Walking down the streets of nothingville
Where our love was young and free
Can't believe just what an empty place
It has come to be
I would give my life away
If it could only be the same
Cause I can't still the voice inside of me
That is calling out your name

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Time will never change the things you told me
After all we're meant to be love will bring us back to you and me
If only you could see

Soledad
It's a keeping for the lonely
Since the day that you were gone
Why did you leave me
Soledad
In my heart you were the only
And your memory live on
Why did you leave me
Soledad

Oct 13, 2011

kenapa Allah temukan kita dengan orang yang salah

memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu sahaja... tapi, itulah juga petanda untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

[1] memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

[2] memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

[3] memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

[4] memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

[5] memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & MAHA PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa akan datang.

[6] memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang mengalaminya.

[7] memang ALLAH sengaja menemukan kita denga orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

[8] memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

[9] memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Percayalah sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepadaNya...

Oct 12, 2011

mak ikan bapak ikan dan anak ikan

I don't what it is
that's make me feel like this
i don't know..
i don't know who you are
but you must be some kind of superstar...

post kali ni nak cerita ceritaan pasal anak ikan, bukan mak ikan dan juga bukan bapak ikan yang digembar gemburkan oleh tajuk yang tertera dia atas dan juga tidak berkaitan dengan petikan lagu diatas. Jangan mudah tertipu dan jangan mudah percaya pada sesiapa dan apapun.hektui!.Politik semua tu.Anak ikan yang ni bukan lah dicuri ataupun dibeli dengan mata wang Ringgit mahupun Riyal.Tetapi dengan...ermm..FREE!.Anak ikan yang diambil dan diterbangkan diatas jalan raya sejauh xx km dari bandar kecil Dungun ke bandar besar Kuantan dan menuju pula ke pekan kecil Pekan.Memasuki ruangan Uni dan terus menuju bilik GG401 dan diletakkan disudut meja study yang diapit oleh sang lappy Compact dan juga sang printer Canon.

Si anak ikan yang berjumlah 11 ekor kesemuanya ditempatkan di dalam botol air mineral pada permulaannya. Tempat tinggal yang masih tidak diubah suai dijadikan tempat untuk bermain bagi anak anak ikan ni. Pusing kiri, pusing kanan asyik asyik jumpa kawan kawannya. Rumahnye kecik,pusing mana pun masih bertembung dengan kawan yang sama. Kadang kadang anak anak ikan ni mengeluh, bila tempat tinggal mereka hendak dinaik taraf. Disebabkan tuan pemiliknya asyik sibuk dengan segala kerja kerja yang tidak dapat dielakkan, agenda untuk menaik taraf rumah tinggat mereka asyik tergendala.

Dirumah tu lah mereka berkongsi segala galanya. Dari perihal makanan dan juga membuang sisa sisa kumuhan, semuanya berkongsi. Air yang dikongsi bersama turut menjadi mangsa. Daripada lutsinar bertukar kepada keruh. Tuan pemilik masih tidak hiraukan si anak anak ikan ini. Dalam perjalanan pulang dari kelas, terdetik hati tuan pemilik hendak menghadiahkan sepokok tumbuhan liar sebagai taman permainan mereka. Mungkin dengan niat baiknya itu akan menghilangkan rasa bosan si anak anak ikan ini daripada mengadap muka kawan masing masing. Terus diletakkan pokok tumbuhan yang asal usulnya tidak diketahui. Akar akar yang berserabut itu dijadikan tempat bermanja untuk si anak ikan ini. Mengelilingi batang pokok itu menjadi permainan baru mereka. Betapa seronoknya mereka. Bermain kejar kejar di sana dan di sini, diatas dan juga di bawah. Meriah dunia ikan seketika.

Setelah matahari membenamkan tubuhnya, siang telah berganti malam. Pergi lah seekor anak ikan yang mungkin ajalnya pendek. Badannya yang berwarna warni yang sebelum ini selalu ditatap kini tiada lagi. Perginya seekor kawan ikan cukup untuk membuatkan dunia ikan suram seketika. Badannya terbaring di permukaan air ditatap sayu oleh kawan kawan ikan yang lain. Mungkin juga menjadi petanda baik bagi segolongan anak anak ikan ini kerana tidak wujud lagi persaingan diantara mereka. Persaingan makanan, ruang dan juga udara. Mengikut firasat tuan pemilik, mungkin disebabkan pokok yang dihadiahi kepada mereka yang membuatkan kejadian itu berlaku. Timbul rasa kesal di hati si tuan pemilik. Mungkin juga ajalnya yang pendek disebabkan oleh keadaan air yang keruh membuatkan mereka berlanggar sesama mereka menyebabkan otak mereka mengalami gegaran yang kuat dan mungkin juga disebabkan kuantiti makanan yang dibekalkan dengan kuantiti dua biji untuk dikongsi oleh 11 ekor anak anak ikan tidak mengcukupi bagi mereka. Mengeluh tuan pemilik.

Mengambil pengajaran daripada kejadian itu, tuan pemilik banyak meluangkan masa bersama anak anak ikan. Tempat tinggal diganti dengan yang baru yang lebih besar ruangnya berbanding yang dulu. Keadaan air dan kualiti kejernihan pula sentiasa dipantau. Makanan pula setiap masa dibekalkan. Dan bagi menambahkan zat anak anak ikan ini, tuan pemilik membekalkan mereka dengan biskut gula. Waktu makan tuan pemilik dengan anak anak ikan adalah sama bagi mengeratkan lagi ikatan antara dua makhluk Tuhan ini. Taman permainan bagi anak anak ikan yang sebelum ini pokok diganti dengan batu batuan yang lebih selamat dan juga tidak beracun dan tidak merbahaya.

Tidak cukup dengan itu, bagi menambahkan lagi kemeriahan di dalam dunia ikan ini, tuan pemilik mencetak sepetak gambar yang bermotifkan tumbuh tumbuhan. Cadangan ini dikemukakan oleh kawan kawan tuan pemilik dan dipertimbangkan dan terus dilaksanakan. Gambar tersebut dilekatkan pada dinding rumah ikan yang lutsinar. Tindakan ini membuatkan dunia ikan ini seakan akan realiti. Pada permulaan gambar tersebut dilekatkan, anak anak ikan masing masing kelihatan ketakutan. Apakah ini kawan kawan? Mereka berdialog sesama sendiri menggunakan bahasa ikan. Masing masing berkumpul ditengah tengah rumah ikan, takut untuk mendekati dinding rumah mereka yang terasa asing. Ada yang menunjukkan keberanian mereka dengan mematuk matuk dinding sebagai tindakan pertahanan. Kawan kawan yang lain turut mengikut kelakuan tersebut. Setelah tiada sebarang respon yang diterima, si anak anak ikan ini menganggap keadaan masih selamat. Mereka memberanikan diri mendekati dinding rumah mereka dan cuba membiasakan diri dengan nya. Kelihatan garis garis kebahagiaan di wajah anak anak ikan ini. Tuan pemilik turut menumpang bahagia. [gambar senario ini tidak dipaparkan]

Dan bagi menjaga hati dan juga kebajikan si anak anak ikan ini, tuan pemilik akan sentiasa meng'upgrade' keadaan rumah mereka. Harap semua bersabar. Tuan pemilik juga berharap agar anak anak ikan ini hidup dalam keadaan bahagia selalu. Setakat ni lah sahaja kisah si anak anak ikan dengan tuan pemilik pada post kali ini. Pemergian sahabat ikan akan sentiasa diingati.:D

Oct 10, 2011

tekang bosang bangang

uwaaa...nape eh jadi gini ari ni, serabut ase pale2 otok sapa ke abeh makanang aku makan. tekang wey sere ari ni. Doh la kelas Power plant tadi bahang se kuiz doh.dok bace nape2 pah kene jawab kuiz. Gelaboh molek sere. Soalan plok dok payoh susoh sangat. Niru la wey, xleh wat nape2 doh la..bahang rambang jawab.sungguh pun. Tekang wey lok..

Kat kelas Mechanism plok duduk abeh ujung. mende dok ahu lecturer duk ngajor depan. doh la whiteboard duk beloh nung, weyy la..dia duk terang pun dok dengor starang. menung la wei lam kelas. agak agak paham dia suh wat mnde buat la..klu dok dengor tu, duk sibuk kelih orang beloh la..pah tu plok baru tahu asaimen hok dia bagi minggu lepas tu kne wat guna komputer, xse ngn tangan r lok..ololaaa..serabut nyo kne wat balik.dah la hampir hampir 99% doh siap. Balik bilik gak terus bukak microsoft excel la hajat hajat nok setel lalu asaimen tu. pah tu gok duk nengung plok. xreti nok guna excel! abih orang tanya,seme dok thu guna.uwaa..

kalu dok leh wat asaimen, wat keje mnde lain la plok..duk donlod lagu 'Take me to your heart'. lagu Micheal baru nak blajor rock [Micheal learns to rock]. Cu dengor gok skali lagu ni..best wei, sungguh pun oyak. laju lalu la duk naip aimini tu. pah se se dok tekang butang donlod, siap donlod gak, try la bukak nok dengar..apo, seme lagu sekerat jah..aduhh..gere nya hati. doh la nok ke donlod se lagu tu lame jamang. ternet gak aloh siput b***. pah tu gak try la donlod plok guna 4shared..hoo...baru buleh la wei..best doh sere.haha. duk ngoya lagu ni la awo malam g karok ngn sek2 ni, kucai duk amek lagu ni.sedak la plok dengor..tu yang donlod men donlod ni.haha

Sambil sambil tunggu nok ke abeh donlod tu..bukak la plok pesbuk. abeh la wall orang duk kebek. duk belek pesbuk ni, jupe la post sorang member ni share. nok suke pun ade dengor. buleh plok dia wat cite.ni post dia:

Soalan2 bangang yang kadang2 buat orang bengang.

1] BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA:
S: Kau tidur ke?
J: Tak lah, aku tengah training macam mane nak mati nanti..

2] KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK DIREPAIR:
S: Ye? Nak repair ke?
J: Tak lah, aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan2.

3] TIME KAU BARU BANGUN TIDO:
S:Kau dah bangun?
J: Ish tak laa. aku tengah tido sambil jalan laa bodo.

4] KAWAN KAU CALL PHONE UMH KAU:
S: Weyh, mane kau sekarang?
J: Sini, kat bus stop!

5] ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH2 SAMBIL PAKAI TOWEL:
S: Kau baru sudah mandi ke?
J: Mana ade, aku jatuh dalam lubang jamban tadi!

6] PUKUL 7MLM. KAU BUKAK PINTU UMH.BARU BALIK DARI KEJE:
S: Hai, baru balik keje ke?
J: Tak lahh, baru nak pegi nih!

7] KAU KAT DALAM TOILET, PINTU BERKUNCI,ADA ORANG KETUK PINTU:
S: Ada orang tak?
J: *suara kiut* Mane ada orang.Taik yang tengah bercakap ni!

Hahahaha..senget pale. Doh la, takat ni jah ari ni. Sape hok paham, paham la..sape dok paham..wat wat paham la deh.haha.

Oct 6, 2011

selamat berjalan untuk saya dan kawan kawan

selamat selamat ye untuk semua.weekend ni macam macam plan korang ye. Classmate plan nak g Genting, tapi tak leh nak join coz ada kenduri kat rumah.Agak sedih la cikit tapi takpe lah, kenduri kat rumah sendiri tak kan nak skip kan. Lagipun ni kenduri cukur jambul si Irfan yang kecik tu. Si Kucai boleh pulak ko cakap ni kenduri cukur jambul aku yek, tang mane jambul aku tuh?haha. Kucai Kucai.

Nanti diorang diorang ni balik dari Genting, mesti berlambak gambar gambar yang di snap. Ni yang buat aku jeles ni. Profile pic pesbuk kompem kompem la bertukar.Haishh! tak leh jadi ni. Bile ye kaki sekali dengan tuan badan ni boleh rasa bumi Genting tu. Lepas kahwin la kot.ngee~

Sebut sebut plak pasal kahwin ni, tiba tiba rasa nak kahwin.erk!. Sape ye yang nak kahwin dengan aku ni, kalau ada sape sape nak, nanti boleh mintak form ye..kikiki.Life must go on. Ni la yang buat aku boleh gelak gelak lagi sekarang ni.Kawan kawan yang selalu ada di sisi saat diperlukan dan saat saat sedih. Ada sama sama melalak bersama di bilik aku ni. Bilik aku memang dijadikan bilik untuk kawan kawan aku lepak.hihi. Tapi tak kisah la, as long as mereka mereka semua tak kacau aku time aku tekun menelaah buku buku pelajaran. Terima kasih semua.Tanpa anda semua siapalah saya.eceh!

You're so beautiful..
so damn beautiful..

Tiba tiba lagu ni kuar. Dia bisik kat telinga aku lak tu. Malu saya dibuatnye. Ape lah Akon ni..haishh!

Nobody wanna see us together..
But it don't matter no..
coz I got you..

Ohh Akon..I dah blushing blushing di sini..Dah la tu kot, dah merapu merapu dah ni, ok guys..nyte n salam...

Oct 3, 2011

masa bosan yang xde keje

bosan.tak ada apa apa kerja yang perlu disetelkan. assignment mechanism design sudah siang siang aku setelkan. bila dh larut malam memang tak ada mood nak buat. Dan bila dah bosan bosan macam ni fikiran mula lah merantau dan merayap. tak lain tak bukan merayap untuk fikirkan tentang 'si dia'.

kepada 'si dia' yang sedang baca:

[1] saya masih mengingati dan terfikirkan awak.
[2] saya masih menunggu jawapan dan alasan yang kukuh dari awak.
[3] saya masih tidak biasa hidup 'sorang'.
[4] saya masih lagi tidak biasa memanggil awak dengan ---
[5] saya selalu menunggu panggilan ataupun mesej dari awak.
[6] saya terlalu berat hati untuk memulangkan barang barang awak.
[7] saya nak mesej awak tapi saya ego.
[8] saya nak call awak tapi saya takut saya akan menangis bila dengar suara awak.
[9] tolong jangan uji saya dengan ujian seperti ini.
[10] dan saya masih lagi menanti kehadiran awak dalam hidup saya kembali.

**mungkin smpai bila pun dia xkan baca,ni kan blog aku bukan fesbuk yg slalu menghapdep status seseorang.
**Tiada jodoh,aku bermonolog sendirian.

Saya punye kawan kepada kawan dah konvo!

ahad-02 hb 10 2011..aku,wanie dan tiga orang adik2 rumet kepada wani memulakan perjalanan ke Terengganu. Nak sambut orang konvo. Macam seronok kan bunyi nye..Tengok orang konvo memang seronok pun tapi rase sebak pun ada jugak. Terharu kot tengok orang konvo.nth la.haishh, perasaan apekah ini?

kami dan kami memang suka bergambar.jom layan gambar.

**InsyaAllah tahun depan saya pulak:)

Sep 29, 2011

Bukit Gambang yang dipenuhi air

pusing pusing gambang waterpark! seminggu selepas check in di UMP setelah 3 bulan inTra dan sebulan lemak building di umh.wee~ main air,sape yang tak suka kan?sonok sonok!jauh menjelajah cari air (ump Pekan tak ada air)..balik Ump semula pun still tak ada air.damn!

**next week plan ke Genting.harap2 leh join :)

Cinta untuk Fadilah..the koya song~

Cinta untuk Fadilah
Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
Telah lama aku mencari

Apakan daya
Sudah suratan tertulis kita bertemu
Kemana hilangnya puteri
Hingga kini telah terpisah
Salju yang beku terlerai sudah

Oh Fadilah...
Lambang cintaku padamu
Hingg kini Oh Fadilah takkan ku lupa
Mengingatimu

Oh Fadilah
Lambang cinta yang telah layu
Hingga kini Oh Fadilah
Agar kau dapat mengerti
Kepadamu puteri
Kusanjung tinggi

Lagu untuk Fadilah
Aku ciptakan bila mata
Ku terpejam lena
Kuutuskan bayu yang bertiup
Menyalakan cinta untuk Fadilah
Menyatakan cinta untuk Fadilah

**hahaha...koya3x
**edit dari lagu "cinta untuk Nabila"

Sep 26, 2011

Terima kasih cikgu Bahasa Melayu

Tenang..diri tenang bila ingat akan-Nya. Tapi bila keadaan dah serabut, kita akan lupa Dia. Bila marah, syaitan menguasai diri. Tapi bila sedih, Allah yang akan dicari..itu lah manusia. selalu leka dengan dunia, selalu lupa akan Nya. Begitu juga dengan diri aku, kekadang bila aku happy, aku lupa Dia, dan aku akan cari Dia bila diperlukan. Betapa jahilnya diri ni.

Masing masing ada kisah pengalaman hidup. Pengalaman yang akan menjadi pembimbing hati. Segala suka duka akan tetap di ingati. Berada di kampus UMP Pekan yang ketiadaan air selama 3 hari cukup terseksa. Masa tu la setitik air akan digunakan sebaik mungkin. Semua ceruk blog dan fakulti akan dilawati demi air. Yelah, siapa yang tak nak air. Air untuk minum, untuk solat dan jugak untuk ehem2..Masa tu jugak la status2 di facebook akan bertukar. Semuanya akan berkaitan dengan air.."Oh air, kenapa kau tiada?", "Siapa yang memandai guna air yang aku simpan ni?", and etc..

Dan selepas mengarang sebanyak dua perenggan kat atas tu, terasa macam betapa skemanya penulisan aku malam ni. Ini menunjukkan cikgu yang mengajar aku subjek Bahasa Melayu Penulisan dulu berjaya mendidik aku :). Thanks cikgu.

Stop kat sini dulu la..tak ada idea nak menaip.daa~

Sep 19, 2011

pingu yang cumel

pingu..pingu..comel sangat si kerdil ni. Mungkin bentuk badan dia yang kecik dan gemuk tu buat kan dia comel sangat. Siapa yang suka tengok tv mungkin selalu jumpa dengan pingu ni pagi pagi. Sekarang ni tak tahu la ada lagi ke tak cite ni tapi dulu ada la dalam pukul 8pagi kat tv3. Sanggup bangun awal sebab nak tengok cite ni. Lepas habis cite ni sambung la balik tidur tu..hehe.

ni la pingu yang comel tu..

ni pulak mak ayah dengan adik pingu. one family gathered.haha

kalau korang rindu nak tengok si pingu ni, korang boleh la try buat pingu buatan sendiri "handmake" punya. cara nak buat tengok cam gambar ni je.senang kan? bahan bahan dia simple je, buah olive yang kecik dengan buah olive yang besar. Pas tu carrot yang dah dipotong bulat. carrot tu dipotong lagi mengikut pecahan 1/10.lebih kurang la. pecahan besar tu dijadikan kaki pingu dan yang pecahan kecik jadikan sebagai mulut muncung dia.Then, guna la pencungkil gigi cucuk semua bahan bahan secara menegak.

dah siap dah pingu yang comel. Siap ada peneman lagi tu takut dia sunyi time korang g kelas.hehe.even menda alah ni sangat comel untuk disimpan, tapi dia ada expired date. Agak agak buah olive dengan carrot tu dah kecut, boleh la buang.hehe.dan kalau rajin, buat la lagi..haha tu untuk orang yang takde kerja laa..

**post di kala kebosanan di bilik hostel UMP..

Sep 17, 2011

aku rindu la kat dia

Tip top tip top...cepatnya masa berlalu. Bila dikira dan dihitung dah dekat dua bulan aku mengingelkan diri.cam jengkel jek penambahan perkataan single tu. tapi, tak kisah la. apa yang aku nak focus kat sini ialah aku amat amat rindu kat dia. rindu kat someone yang pernah aku sayang dan aku cinta.jiwang gitu malam ni..tapi betul lah bila dah jadik cam ni baru la perasaan tu ada. sebelum ni tak ada plak nak rindu rindu ni.ok, yang tu memang tipu. rindu tu tetap ada cuma tak berapa nak hargai prasaan rindu tu. cam tu la kot.

kerana cinta aku terseksa,
kerana cinta merana,
kerana cinta aku terpedaya,
kini dikau tiada..
kerana cinta-medicine

lame dah tak contact dia, dia cam ne ye sekarang..dia dah tambah bahagia kut.aku jugak yang terseksa kat sini. lagi aku nak lupakan dia, lagi tu la aku duk ingat kat dia. susah jugak nak lupakan seseorang yang selalu kita ingat ni. bangun tido pun ada yang wish morning. nak tido pun ad yang wish good night. bila dh solo ni, dah xde smua wish bagai. ko nak tdo, ko tdo je..

tetapi tiada daya,
hidupku terasa hampa,
bila kasih sayang,
hancur jadi abu.
kasih pertama- rani

tapi rindu rindu aku pun, x boleh nak buat dah.aku ngn dia cuma kawan dan xkan lebih dari tu. mungkin xde jodoh antara kami. mungkin jalan ni jugak merupakan jalan yang terbaik untuk kami. aku xsalahkan dia seratus pratus. ada jugak salah aku yang buat kami jadi cam ni. sekarang aku dah boleh terima yang dia bukan milikku lagi. dan aku berharap aku masih lagi boleh terima dia sebagai kawan. sedih you bile dah clash:(

jadi dia ni jugak best, berkasih sayang xkenal rupa dan darjat.dah la comel.even dia suka curik ikan kat dapur, masih lagi orang sayang kan kan kan...tapi xkan kita nak jadi kucing lak kan..hehe

Sep 13, 2011

orang lain

walaupun dikatakan "KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSAAN JUGA LAIN-LAIN"
TAPI INGATLAH...

Yang memandikan jenazah kamu itu "ORANG LAIN"
Yang solat jenazah untuk kamu itu "ORANG LAIN"
Yang mengkafankan kamu itu "ORANG LAIN"
Yang mengebumikan jenazah kamu itu "ORANG LAIN"
Yang membaca Yasin di pusara kamu itu "ORANG LAIN"
Yang bersedih diatas kematian kamu juga "ORANG LAIN"

Maka janganlah menyusahkan yang lain.

**kekadang diri alpa, moh kita sama2 nasihat menasihati :)

suka dalam duka

weee~~dah selamat sampai UMP dah.masing-masing sibuk dengan mengemas. berkotak2 bergunung2 baju..cam tu la diibaratkan..hari ni 2nd day, tapi still lagi tak habis mengemas..dashyat kan?hihi..pompuan2~Lecture setakat ni not bad laa tapi 1st day dah dapat assignment.hehehe. tertarik dengan kata2 en.lecturer tadi, think as fourth year student, final year student..tiba2 diri ni dimuhasabah seketika..scan mana2 part yang x ok. student final year student x macam student tahun last. berfikir pun masih tunggang langgang. assignment pun copy paste, kuiz pun meniru, speaking pun terbalik tertonggeng.. cam ni rupanya diri aku.jauh rase nye bila nak banding dengan student fourth year student yang sebenar.

******

tiba kelas mechanism design tadi, lecturer mula suruh student introduce diri sendri sekali dengan tajuk final year projek(fyp). haa, amik kau masing2 gelabah.sebab tak ingat diri sendiri punya tajuk..toleh kanan,toleh kiri..search mana student yang sama supervisor,almaklum la under supervisor yang sama, tajuk pun lebih kurang sama..turn semakin hampir, jantung ni makin berdegup kencang..tajuk yang dicari masih xdapat. terus sms kawan yang masih bergolek atas katil mintak tolong tengokkan.terkial2 kawan tu..hehe.macam2 ragam tadi. ada yang baca terus ape yang kwn dia sms, ada yang tergagap2 nak tajuk fyp yang panjang lebar, ada jugak nama supervisor pun tak ingat.ada yang tersenyum lebar, dapat introduce diri sendiri dengan lancar.kelakar2..

******

tengok tajuk entri pun suka dalam duka..bila dah habis suka, duka la pulak yang datang. al maklum la diri dah keseorangan sekarang, teringat balik kisah2 dulu.perasaan rindu, kesal, kecewa semua datang..cukup dengan sekali pakej.sebak hati teringat kisah diri..tapi ini lah kesudahannya, terpaksa lah jua terima tanpa sebarang bantahan.mungkin hari esok ada bahagia untuk aku..cewaah, ayat back up dri sendiri.hihi.tapi ape pun diri sendiri harus disayangi terlebih dahulu.:)

sekian untuk kali ini..see you

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space