selamat pulang semua warga warga blogger, warga Universiti Malaysia Pahang, warga hostel blok G, Kolej kediaman 05 kampus Pekan..:D Seminggu bercuti sempena hari raya AidilAdha. Seronok gitu cutinyer, sampai assignment yang diberi tidak sempat untuk dijeling, apatah lagi untuk ditelaah. Assignment yang berupa essay amat memberi seribu satu tekanan kepada aku.heheh. Ikut kata hati "copy paste jerr".Ikut sanubari "tak boleh copy paste,nanti lecturer cam,kena edit edit sikit". Ikut perasaan "malasnyer nak buat!"..so, mana satu aku kena ikut ni yer..hurmm, tekanan.tekanan.


Aktiviti seminggu bercuti:

[1] Berkorban! hehehe.bukan aku mahupun mak aku mahupun adik2 aku yang berkorban tapi ayah aku yang berkorban. haha. Beliau mengorbankan seekor lembu yang tersangat gemok dan hitam apabila dipandang dari segi fizikal.Tapi apa yang dilakukan oleh beliau adalah ikhlas dan tiada paksaan dari pihak anak2 mahupun dari pihak luar. Sesungguhnya berkorban la kamu di hari raya korban.eh?

[2] Bbq! Untuk memeriahkan lagi hari raya hari tahun ini, salah seorang kakak aku telah berusaha dan tersangat beria nak bakar daging. Almaklum la musim org sembelih daging, semestinye secara keseluruhan ruang peti ais dipenuhi dengan daging mentah dan merah. Jadi, untuk mengurangkannya, masak la daging tiap2 hari sampai termuntah.haha. menu:daging masak merah, daging goreng kunyit, rendang daging, daging masak kicap, daging black pepper..n daging bla bla.....

[3] Beraya! Even hari raya haji, amalan kunjung mengunjung masih diamalkan tapi tidak lah semeriah hari raya puasa. Kuih kuih yang dijamu hanyalah keropok dan kerepek yang dijual di bazar2. First time aku g beraya balik malam.heheh. Sampai umah je, terus kne perli oleh mak, "kuat g raya smpai malam".ngeh. jwpan aku,'jalan jam' haha. ok, kidding, aku x jawab pun.haha

[4] Sakit! uwaa..raya2 pun nak sakit..banyak sangat la tu mengumpat.haha. demam sampai 2 kali dalam seminggu. mula mula aku la yang bawa virus selsema, dan hampir semua orang berjangkit ngan aku..haha.dan apabila semua orang dh sihat, aku pulak yang demam balik, huhu..semua ubat bekalan ahli2 sakit yang lepas aku kebas..mak hanya mampu menggelengkan kepalanya. 'lemahnya antibody' bisik mak lam hati..haha.mak aku tahu ke ape bende antibody tuu..ngee..mak.mak.

[5] Air shopping! Bila dah balik ni, semestinya yang dicari hanyalah kawan sekampung, kawan satu sekolah, dan sebagainya. Mengatur perjumpaan disitu dan disini. Bandar Dungun yang kecik dijadikan port untuk bersua dan bershopping. Even kecik je bandarnya, tapi alahai penatnye berjalan... Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Bidara dijadikan port untuk bermandi manda dan bershooting.haha.

[6] Kawen! wee..yang ni paling suka, time ni la leh pakai baju cantik cantik..haha. Tanggal 111111, mesti tahu kan tarikh yang istimewa ini..seme orang duk sibuk nak kawen pada tarikh yang cantik ini.. Lini dan AV, selamat diijabkabulkan...Alhamdulillah. Semoga berkekalan.


**Cam best je cuti kan, jom g bercuti! cuti cuti Malaysia!