perlu ke aku mengeluh disebabkan oleh final year projek (fyp)? menjadi student tahun akhir sememangnya dinantikan. mungkin disebabkan tamatnya masa bergelar pelajar, namun disebalik kegembiraan tersebut terselit juga derita yang terpaksa ditanggung oleh diri aku dan juga rakan rakan. projek tahun akhir yang memberi pelbagai tekanan, derita dari segi fizikal dan emosi ditelan jua oleh semua pelajar tahun akhir. walaupun disambut oleh tangan terbuka ketika tajuk fyp diumumkan namun mengeluh juga disebabkan oleh pelbagai tanggapan berdasarkan tajuk fyp. Tidak mahir dalam major subjek untuk fyp mengganggu konsentrasi untuk menjalankan projek tersebut.


Sekarang dah masuk minggu ke-10 dalam semester ini. Ini memberi amaran kepada diri aku waktu waktu genting semakin dekat. Presentation dan final report perlu segera dilengkapkan dan disediakan. Mental juga turut perlu bersedia kerana soalan soalan 'panas' akan dilemparkan bertalu talu oleh para panel nanti. Diri aku semakin tertekan. Proposal masih lagi dalam proses. Melihat rakan rakan yang sudah siap proposal makin membuatkan aku semakin tertekan.Mengadap journal journal yang semestinya memberikan page yang banyak dan memberikan kejemuaan tiap kali mengadapnya.

Tiada kata yang dapat diungkapkan disebabkan fyp ini. Drop fyp? never! aku tetap akan cuba. tambahan lagi projek fyp aku telah berjalan hampir 1/3. Mana mungkin aku mengalah disaat sekarang. Rakan rakan under supervisor yang sama banyak memberi akan sokongan dan banyak membantu aku dalam menyiapkan tugasan tugasan aku. Supervisor yang selalu sabar dengan kerenah kerenah studentnye selalu memberikan aku semangat untuk teruskan jua fyp aku. Thanks a lot to Mr Firdaus Hasan. You are the best teacher.

Fyp...I will face it! InsyaAllah.