Mar 11, 2011
Lawatan PM ke UMP Pekan
"Pada masa ini, 12 peratus daripada 259.81 hektar tanah milik universiti ini dibangunkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, pembangunan peringkat fasa 1A yang terdiri daripada bangunan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta pejabat pentadbiran, makmal, pusat pengajaran dan asrama siap dan diguna pakai. Katanya, Fasa 1B merangkumi pembangunan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, perpustakaan serta kolej kediaman pelajar dijangka siap pertengahan tahun ini. Daing Nasir berkata, pembangunan UMP Pekan memberi manfaat bukan hanya kepada pelajar malah penduduk setempat dengan membuka peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat. Selain itu, katanya, kemudahan makmal universiti itu juga membantu industri di negeri-negeri Pantai Timur untuk menjalankan pengujian terhadap produk dan alatan industri menggunakan teknologi terkini dan mengikut standard antarabangsa. - BERNAMA
** gigih giler staf bt preparation...next post aku story..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PM lawat UMP esok
2011/03/11
PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melakukan lawatan rasmi ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) Pekan, esok bagi meninjau pembangunan universiti teknikal itu. Dalam lawatan dari jam 11.30 pagi hingga 2 petang itu, Perdana Menteri turut dijadual melancarkan projek Green Tech UMP iaitu projek kitar semula minyak hitam terpakai menjadi minyak pelincir menggunakan teknologi pengekstrakan.Naib Canselor UMP, Prof Datuk Daing Nasir Ibrahim, berkata lawatan tersebut bertujuan meninjau pembangunan UMP Pekan yang mula beroperasi pada 27 Julai 2009 dengan berpindahnya seramai 2,480 pelajar dan 263 staf dari kampus sementaranya di Gambang.
"Pada masa ini, 12 peratus daripada 259.81 hektar tanah milik universiti ini dibangunkan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata, pembangunan peringkat fasa 1A yang terdiri daripada bangunan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta pejabat pentadbiran, makmal, pusat pengajaran dan asrama siap dan diguna pakai. Katanya, Fasa 1B merangkumi pembangunan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, perpustakaan serta kolej kediaman pelajar dijangka siap pertengahan tahun ini. Daing Nasir berkata, pembangunan UMP Pekan memberi manfaat bukan hanya kepada pelajar malah penduduk setempat dengan membuka peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi setempat. Selain itu, katanya, kemudahan makmal universiti itu juga membantu industri di negeri-negeri Pantai Timur untuk menjalankan pengujian terhadap produk dan alatan industri menggunakan teknologi terkini dan mengikut standard antarabangsa. - BERNAMA
** gigih giler staf bt preparation...next post aku story..
0 back story:
Post a Comment